Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kelima dengan mahkamah bersedia untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.
Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan sehingga esok berikutan permohonan peguam utama pembelaan, Karpal Singh untuk diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.
Karpal Singh membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.
Semalam, Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.
Perbicaraan kes liwat itu bermula Rabu lalu, selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008 dan menarik perhatian ramai termasuk wakil media dan pemerhati dari luar negara.
Saksi pertama pendakwaan iaitu Mohd Saiful, 25, yang juga pengadu dalam kes itu, telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.
Dalam permohonannya hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihaknya perlu menjawab afidavit pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana ia menyentuh isu ketepatan kandungan afidavit Anwar yang difailkan bagi menyokong permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Beliau turut meminta mahkamah membekalkan nota prosiding yang berkaitan selewat-lewatnya petang ini kepada kedua-dua pihak.
Sementara itu, Mohd Yusof berkata beliau agak "khuatir" dengan laporan akhbar berhubung kandungan afidavit jawapan yang difailkan pendakwaan semalam.
Beliau berhujah berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.
Mohd Yusof berhujah apa akan berlaku sekiranya sesuatu afidavit yang telah disiarkan isi kandungan, mengandungi kenyataan yang bersifat "melampau" dan mahkamah kemudian membuat keputusan membatalkannya.
Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta mahkamah menasihati media dalam membuat laporan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, Karpal Singh berkata terdapat satu keputusan berhubung penyiaran isi kandungan afidavit yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin yang menyatakan bahawa sebaik sahaja difailkan, afidavit menjadi satu dokumen awam yang isi kandungannya boleh dilaporkan oleh media.
Mohamad Zabidin kemudian mengingatkan pihak media supaya membuat laporan tepat berhubung prosiding kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya ada pihak membuat laporan tidak tepat.
"Saya tidak mahu dilihat sebagai menceroboh ke dalam hal kebebasan akhbar. Tetapi media mestilah ingat bahawa kebebasan akhbar bukan bermakna boleh membuat laporan tidak tepat.
"Maka, jika media melaporkan sesuatu secara tidak tepat, anda perlu menerima akibatnya.
Jika pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan dan mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman, pada masa itu jangan persalahkan mahkamah dan menyatakan saya cuba untuk menyekat kebebasan akhbar," katanya. - BERNAMA
Tuesday, February 9, 2010
Nizar Vs Zambry : Sejarah Baru Perjalanan Demokrasi Malaysia.
Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.
Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.
Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…
Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.
Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.
Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.
Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru. Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.
Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN? Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan), Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah? Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.
Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya. Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention). Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…
Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik? Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”
Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan? Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru. Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2). Disinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.
Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.

Kenyataan Media S/U Politik YAB DS Nizar.
Sebagaimana yang dijangkakan, keputusan telah memihak kepada Zambry. Demikian menurut YB Khalil Idham Lim yang berada di mahkamah bagi mengikuti sidang penghakiman yang dibuat oleh hakim Mahkamah Federal. Lima hakim membuat penghakiman 5 - 0 ke atas kes Nizar vs Zambry.
Isyarat Zambry akan menang sudah tercium sejak awal lagi, kehadiran para EXCO, ADUN dan penyokong-penyokongnya yang ramai menyakinkan bahawa mereka akan menang. Hampir mustahil mereka tidak mendapat maklumat dari sumber dalaman yang keputusan menyebelahi mereka. Lantaran itulah, meraka datang beramai-ramai untuk menunggu keputusan dan meraikan kemenangan.
Kita menghormati keputusan hakim, menghormati keputusan bukan bermakna menyokong kemenangan mereka, keputusan hakim juga belum pasti menunjukkan Zambry di pihak yang benar. Hanya hakim rakyat sahaja yang menentukan siapa yang benar.
Keputusan ini mengundang implikasi yang sebahagian besar rakyat Perak kemungkinan tidak puas hati dengan keputusan. Ia juga mengundang keraguan rakyat terhadap sistem penghakiman negara. Hj Nizar yang menang sekalipun, penyokong BN juga tidak berpuas hati.
Justeru itu, keadilan hanya dapat diputuskan oleh rakyat melalui melalui pilihanraya. Zamnry yang diisytihar sebagai MB yang sah, mengadaplah Tuanku untuk mohon DUN Perak dibubarkan. Kalau kamu yakin dengan sokongan rakyat, dan mahukan mandat rakyat yang lebih sah, bubarkanlah DUN Perak.
Saya yakin, keputusan hakim tidak boleh menghalang keraguan rakyat kepada UMNO BN untuk terus menerajui negeri Perak. Tindakan tiga orang pengkhianat ini tidak akan dimaafkan oleh rakyat melainkan mereka mengosongkan kerusi dan beri peluang rakyat di dun mereka memilih adunnya yang baru.
Penyokong PR harap bersabar menerima keputusan ini. Kita ada hak untuk tidak puas hati, luahkanlah ketidak puashatian itu melalui gerak kerja bagi menawan hati rakyat supaya pilihanraya akan datang, UMNO BN akan dihukum dengan seberat-beratnya.
Jentera pilihanraya pula tidak akan berdiam diri, teruskan perancangan bagi menawan DUN Perak denga penyusuan kerja yang mantap, tersusun dan rapi.
Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Nizar.

Saturday, February 6, 2010
Keterangan Saiful Diuji Isnin Ini
Kesahihan keterangan Saiful itu akan diuji oleh panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perbicaraan bersambung Isnin ini.
Antara lain ialah tentunya ialah kenapa Saiful menunggu 48 jam untuk ke hospital selepas di dakwa di liwat.
Peguam juga dijanga bertanya kenapa Saiful rela terus bekerja dengan Anwar walaupun mendakwa beliau tidak rela menjadi mangsa liwat dan mahu berhenti kerja.
Peguam Jonson Chong berkata keterangan Saiful sejak tiga hari lalu menimbulkan banyak persoalan namun bertujuan semata-mata untuk mengaibkan Anwar.
“Biasanya pendakwaraya sendiri dia akan melindungi mangsa yang melibatkan seks, tetapi dalam kes ini dia biarkan keterangan diberi di hadapan semua media dan sebagainya. Sebaliknya peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu membuat permohonan melindungi beliau dari semua fitnah yang dikeluarkan dalam mahkamah dan kita tidak boleh sekat.
“Diantara bahan-bahan yang dikeluarkan sebagai keterangan adalah bahan yang digunakan untuk pemeriksaan saksi pertama iaitu Saiful Bukhari dan juga pakaian yang dia pakai sama ada pada masa dia buat laporan polis ataupun semasa kejadian,"katanya.
“Apa yang saya nampak seolah-olah pendakwa raya menggunakan beberapa bahan yang bukan sensitif atau kontroversi tetapi agak menimbulkan emosi yang tidak selesa seperti seluar dalam dan K-Y Jelly (cecair pelincir) dan sebagainya.Semua ini orang akan teringat benda lain.
"Persoalan-persoalan ketepatan, kebetulan dan kebenaran tidak menjadi pegangan. Skrip hanya diubah untuk yakinkan rakyat bahawa anwar memang buat perkara itu. Tapi niat yang utama adalah untuk mencalar balarkan maruah Anwar dan kelurga,"kata Naib Presiden PAs, Mahfuz Omar./TVSelangor

R.Sivarasa : Konspirasi 2 Ke Atas Anwar Ibrahim
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. - Sivarasa Rasiah.
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya.
Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini. Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Kes hairan yang benar-benar pelik Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar. Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (“HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.
Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah.
Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan. Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku.
Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.
Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir.
Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan. Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan “plastik” yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.
Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa.
Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman. Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan.
Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka. Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis.
Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya. Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.
Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.
Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat. Beberapa contoh dapat diberikan.
Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor.
Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April.
Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri.
Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri. Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan: ”Dalam keadaan ini, apakah beliau (“Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”
Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!
Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia.
Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan: “Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.” Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar.
Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.
Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini.
Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan. Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia.
Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar. Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful.
Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar. Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri.
Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.
Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung.
Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin. Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual).
Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung.
Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik. Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan.
Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998.
Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang. Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan.
Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010.
Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar. Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan.
Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.
Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit.
Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian.
Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.
Konspirasi politik Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini. Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.
Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998.
Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.
Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya

Monday, January 25, 2010
Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci Kecoh, Polis Naiki Pentas Henti ceramah.
Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci semalam kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut. Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya. Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam. Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.
"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya. Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya." Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.
Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu. Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis. Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut. Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.
Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut. Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas. Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".
"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.
Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar". Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh". Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut. Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai. Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.
Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya. Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.
Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,
Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan. Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.

Saturday, January 23, 2010
Al Fatihah : Sultan Johor Mangkat Pada Usia 77 Tahun.
Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.
Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.
Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.
Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.
Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
Pemimpin Singapura dijemput ke istana
Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.
Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.
Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.
Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.
Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.
Gemar sukan lasak
Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.
Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.
Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.
Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.
Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.
Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.
Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.
Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.
Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.
Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.
Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Friday, January 15, 2010
Lagi Cubaan Lengahkan Kes Qazaf Terhadap Saiful
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan bertindak bersepadu dalam cubaan menghalang Mahkamah Tinggi Syariah daripada mendengar permohonan Anwar Ibrahim bersabit aduan qazaf yang dibuat terhadap Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Tinggi itu bersidang mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mengarahkan JAWI membawa pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan memastikan tidak ada lagi campurtangan politik daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun permohonan itu terpaksa di tunda kepada 17 Febuari selepas peguam-peguam JAWI dan Menteri berkenaan mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mereka juga menuntut untuk mengetahui sama ada kes itu akan di dengar mengikut Akta Tata Cara Mahkamah Tinggi Syariah 1998.
Turut dipersoalkan ialah status seorang daripada peguam Anwar, Zulkifli Nordin.
Anwar membuat aduan kepada JAWI hampir 18 bulan lalu bahawa Saiful melakukan kesalahan qazaf kerana membuat dakwaan fitnah terhadapnya bersabit pertuduhan liwat.
Namun JAWI dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal Islam enggan melayan aduan Anwar itu.
Hakim Mohd Shukor Shabudin memberikan peguam-peguam yang mewakili Pengarah JAWI, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom tempoh untuk menfailkan afidavit berhubung bantahan mereka.
Justeru permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah terbabit akan di dengar semula 17 Februari.
Anwar membuat aduan qazaf terhadap Saiful pada Januari 2009. Mantan Timbalan Perdana Menteri turut mengemukakan laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mendapati tidak ada bukti klinikal untuk menyokong aduan Saiful bahawa beliau diliwat.
Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar beberapa hari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak pada Ogos 2008.
Najib dilaporkan pada mulanya menyangkal bertemu dengan Saiful tetapi kemudian mengakui berbuat demikian selepas ia didedahkan di media.
Laporan polis Saiful terus dijadikan senjata utama oleh Umno dalam usaha menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh namun Anwar tetap menang dengan majoiriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Penangguhan kes di Mahkamah Syariah hari ini dilihat sebagai usaha untuk melengahkan sistem keadilan Islam.
Tindakan mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah oleh peguam JAWI dan Kerajaan Persekutuan dilihat sebagai cubaan memastikan perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar dalam Mahkamah Sivil yang dijadualkan bermula 25 Januari ini tidak terjejas.
Menurut penganalisis politik, amat penting untuk memelihara kredibiliti Saiful dalam mahkamah sivil untuk tujuan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat itu di bawah undang-undang sivil.
Justeru pemerintah dilihat mempunyai keperluan mendesak untuk memastikan tuduhan qazaf terhadap Saiful ditangguhkan atau tidak diteruskan sama sekali. -TVS

Peguam Negara tidak akan mendakwa Dr Pornthip Rajanasunand
Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Peguam Negara tidak akan mendakwa ahli patologi dari Thailand, DrPornthip Rajanasunand, berhubung dakwaan membocorkan maklumat laporan forensik mendiang Teoh Beng Hock kepada sebuah akhbar tabloid tempatan.
Peguam Tan Hock Chuan memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas, yang sedang mendengar inkues mengenai kematian Teoh, berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telahpun meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis semalam dan mendapati tidak terdapat bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu.
"Dalam keadaan itu, Peguam Negara berpendapat tiada asas untuk mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan itu," kata Tan yang bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dalam inkues berkenaan.
Beliau juga berkata, Pornthip tidak akan dihalang daripada memberi keterangan dalam prosiding inkues itu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberikan jaminan tidak akan menahan atau mengganggu saksi itu.
Tan menjelaskan perkara itu di hadapan Azmil Muntapha pagi ini sebelum mahkamah mendengar prosiding menghina mahkamah terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat laporan polis terhadap Pornthip pada 1 Jan lalu. -BERNAMA

Kenyataan Media : YB.Drs. Khalil Idham Lim Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
28 Muharram 1431H
Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, DS Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti di bawah ;-
1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Persekutuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.
2. Namun begitu, pendengaran kes di hadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun lengkap dan habis bagi peguam di pihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.
3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah persekutuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah persekutuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.
4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.
5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.
6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.
Kenyataan Media 14hb Januari, 2010
YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Wednesday, January 13, 2010
Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
12 Januari 2010
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius akan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagaimana yang disiarkan di bawah tajuk Hishamuddin: Police Probing Further Into Church Attacks dalam akhbar The Sun edisi atas talian bertarikh 12 Januari 2010.
Ia berikutan beliau merujuk satu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara lain menyebut:
"much of the blame for the attacks can be placed at the doorstep of the Umno-led Barisan Nasional government.."
Respon Hishamuddin bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak, termasuk Anwar atau dirinya sendiri, sekiranya terbukti wujud usaha untuk mengancam keselamatan negara dengan isu-isu perkauman, dilihat sebagai satu respon yang sangat mengelirukan.
AIC melihat isunya ialah kelesuan instrumen kerajaan bertindak mengekang siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat yang kelihatan semakin menggusarkan dari hari ke hari. Ini disokong dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak polis kekurangan anggota untuk mengawal kawasan gereja daripada sebarang ancaman.
Jika dibandingkan dengan demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA yang pernah dianjurkan dahulu, pihak berkuasa begitu proaktif di dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan termasuklah mengerah ribuan polis untuk melakukan tangkapan rawak,sekatan jalanraya dan juga mengekang para demonstran di ibu kota dengan menggunakan gas pemedih mata. Tetapi kenapa tindakan sebegini proaktif gagal diambil dalam mengekang ancaman ke atas rumah-rumah ibadat yang jelas beroperasi dengan hak Perlembagaan sebagaimana yang dijamin melalui Artikel 11? Inilah yang patut dipersoalkan ke atas instrumen kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri bawah seliaan Hishamuddin.
Apakah Hishamuddin secara terbuka mengakui bahawa Umno berdiri sebagai sebuah parti perkauman di sebalik kenyataan Anwar tersebut? Sekiranya benar, maka jelaslah ia bercanggah sama sekali dengan semangat "Umno Juara Rakyat" yang sedang dicanang di seluruh negara mutakhir ini di mana Umno ditonjolkan sebagai parti untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa.
Isunya sama sekali bukan persoalan perkauman.Ia melangkaui sempadan perkauman di mana rakyat tercari-cari apakah inisiatif kerajaan untuk mengawal keadaan seumpama ini?
AIC juga mempersoalkan apakah kenyataan Hishamuddin itu boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menahan Anwar sekali lagi dengan menggunakan apa cara sekalipun?
AIC yakin dan percaya bahawa Hishamuddin harus memfokuskan kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk ancaman ke atas gereja-gereja dan dalam masa yang sama menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang telahpun menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas sehingga ia disemak semula di peringkat Mahkamah Rayuan kelak.
Rakyat tidak mahu melihat isu ini berpanjangan lagi tanpa penyelesaian pintar.Rakyat menantikan penyelesaian, bukannya mengancam mana-mana pihak yang memberikan pandangan, yang akhirnya akan dijadikan satu 'saham' untuk menghalalkan mereka bertindak secara salah. Usah hilangkan keyakinan rakyat kepada kredibiliti instrumen kerajaan.
Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Umno Diminta Jelas Pembiayaan Juara Rakyat
PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.
Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.
Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.
Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.
Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.
“Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.
“Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus,” katanya lagi.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
“Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?
“Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?
“Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?” soalnya lagi.
Sumber : Malaysiakini

Tuesday, January 12, 2010
Anwar Ibrahim Menghadiri Sidang Bersama Pemikir Islam Di Beirut
Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Beirut, Lebanon, menghadiri persidangan bersama pemikir dan pemimpin Islam anjuran Institut Antarabangsa dan Pemikiran Islam(IIIT) dari 10 -14 Januari 2010. Selain itu Dato’ Seri Anwar juga akan bersama membincangkan isu berhubung pengajian tinggi bersama Majlis Sarjana institut tersebut. Antara mereka yang turut serta adalah mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abu Hamid Abu Sulayman, Syeikh Taha Jabir al Alwani, Dr Anas Sheikh Ali dan Dr Hisham al Talib.
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Monday, January 11, 2010
PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 10 Januari 2010
PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Datuk Salehuddin Hashim telah dibincangkan. Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.
Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.
Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT
8 JANUARI 2010
Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini.
Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.
Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.
Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.
YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS